Kahoot Kuiz Hari Malaysia 2020

14 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September yang lalu, Pusat Internet telah mengadakan kelas Kahoot Kuiz Hari Malaysia 2020 di bilik latihan Pusat Internet Kg Luak sempena Hari Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain dari kuiz, peserta juga didedahkan kepada sejarah dan tayangan video kemerdekaan bagi menerapkan semangat cintakan negara. Peserta begitu teruja sekali mengikuti kelas ini kerana terdapat pelbagai ilmu baru mengenai sejarah Malaysia.

Tidak lupa juga, penerangan video mengenai KDB (Jenayah Siber) dan Advokasi (e-Waste) turut didedahkan kepada peserta sebagai pengetahuan asas kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali